HARUS BACA !!!! BERWASPADA DENGAN SIKAP PEMIMPIN !!!!!


"Waspada dengan pendirian politik pihak tertentu yang sering berubah wajah semata-mata untuk mengekalkan kelangsungan politik mereka" pesanan ini ditujukan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk rakyat Sabah. ~ pu3 SETUJU

Beliau berkata semasa memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional, mereka sentiasa mendukung agenda pembangunan kerajaan negeri dan negara serta memuji keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat namun nada mereka kini berubah apabila berada dalam kem pembangkang. ~Pu3 SETUJU SANGAT

Pandangan datuk Seri Salleh ni sama seperti yang pu3 katakan sebelum ini (artikel lepas) mereka beralih arah bukan kerana berkehendak memperjuangkan 'lidah manis' mereka, kononnya untuk rakyat. Walhal kerana ketakutan hilang KEMEGAHAN mereka sebagai pemimpin setelah tempat mereka diamanahkan kepada pemimoin baru. ~ jangan bohonglah kata pu3 menfitnah. Itu kebenaran yang sengaja kalian tapuk (sembunyi) dari pengetahuan rakyat.

"Kini kita lihat mereka menyerang agenda pembangunan yang pernah mereka dukung dan menabur pelbagai janji manis atau luar biasa semata-mata untuk meraih sokongan rakyat" ~ pu3 SETUJU

" sebenarnya ada di kalangan pemimpin pembangkang ini yang pernah menjadi pembantu menteri, menteri dan timbalan ketua menteri dalam barisan kabinet negeri Sabah selama bertahun-tahun sebelum menyeberang ke pakatan pembangkang. Bolehkah rakyat mempercayai "political chameleon" (pendirian pokitik berubah wajah) ini". ~ Pu3 SETUJU SEKALI LAGI PANDANGAN INI.

Sehubungan itu, Salleh mengharap rakyat Sabah tidak mudah termakan janji manis pakatan, sebaliknya menilai kualiti kepimpinan tokoh politik  yang menyokong pakatan pembangkang sewaktu mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan"

Sambil mengetepikan dakwaan pakatan pembangkang kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak membawa apa-apa pembangunan untuk rakyat Sabah, Salleh berkata pemimpin pakatan rakyat sudah ketandusan isu,  dan kini hanya bersandarkan kepada janji manis dan pembohongan untuk mendapatkan sokongan rakyat menjelang pilihanraya ke-13.

"Saya percaya rakyat bijak menilai kemajuan yang dibawa oleh kerajaan BN dan tidak mudah terpengaruh dwngan dakyah dan taktik kotor pembangkang-BERNAMA

Pu3 memang rasa pemikiran pemimpin pembangkang ni sudah sampai ke puncak tidak boleh dipakai sudah. Bertahun-tahun sudah diberi peluang menjadi pemimpin. Mereka ni layak direhatkan kerana hilang kemampuan mentaksir yang baik dan buruk. Mata mereka dan otak mereka tidak selari. Perubatan canggih apapun di dunia ini tidak dapat merawat masalah mereka ini.

SUMBER : PEWARIS ANAK BANGSA