Test Footer

This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 3 June 2013

GEMPAR !!!!! PERKARA YANG PALING DITAKUTI OLEH ANWAR IBRAHIM !!!!!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menganjurkan siri perhimpunan haram di seluruh negara kerana mahu mengalih tumpuan rakyat daripada tiga perkara yang paling ditakutinya.
Ketiga-tiga perkara itu ialah rayuan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, isu pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dan pendedahan bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung aktiviti seks beliau,
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, Anwar akan memastikan ketiga-tiga perkara tersebut ‘dilenyapkan’ daripada minda rakyat walaupun tindakannya itu akan mengundang kemudaratan terhadap agama, bangsa dan negara.
“Anwar sememangnya cenderung untuk melakukan pelbagai tindakan terdesak bagi memastikan ‘pekung’ di dadanya tersisip rapi dalam bajunya kerana beliau tahu ketiga-tiga perkara itu akan menyebabkan karier politiknya boleh terkubur.
“Jadi, dalam tindakan terdesak terbaharunya ini, beliau mengheret penyokongnya untuk turun ke jalan supaya perhatian rakyat teralih daripada isu sebenar yang menyelubungi Anwar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Ezam berkata, politik yang dibawa Anwar bukan berlandaskan menyelesaikan masalah rakyat atau negara tetapi semata-mata untuk memuaskan nafsu peribadinya sahaja.
Bukti paling jelas, katanya, ialah pendedahan sahabat karib Anwar iaitu bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang memberitahu Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong dan mengkhianati janji kerana mahu menjadi Perdana Menteri.
“Setiap rakyat yang waras seharusnya sudah nampak jelas jenis pemimpin apa Anwar ini, iaitu jenis pemimpin yang mempergunakan rakyat bagi menyelesaikan masalah peribadinya bukan pemimpin yang sanggup berkorban kepentingan peribadinya untuk rakyat.
“Negara ini sudah terlalu lama menjadi mangsa pemimpin songsang ini dan memang sampai masanya untuk riwayat politik songsang Anwar ditamatkan demi kepentingan rakyat dan negara,” tegasnya.
Dalam pada itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, secara lazimnya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan bersungguh-sungguh mencipta suatu peristiwa besar bagi melindungi kegelisahannya maka sebab itu perhimpunan haram digerakkan.
“Anwar telah menggerakkan segala jentera PKR untuk menjayakan perhimpunan haram, biarpun gagal mendapat sokongan penuh daripada pemimpin tertinggi Pas dan DAP. Ternyata perhimpunan tersebut adalah agenda peribadi beliau, tetapi menipu penyokong pembangkang dan rakyat Malaysia kononnya untuk menyelamatkan negara,” ujarnya.
Seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Muhamad Rahimi Osman berkata, Anwar kini benar-benar terdesak untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap segala isu yang dihadapinya.
Jelasnya, terlalu banyak dosa Anwar kepada negara, sehinggakan Ketua Pembangkang itu tidak lagi mampu menjawab satu persatu isu tersebut dan cara terbaik bagi melarikan diri adalah dengan menghasut rakyat turun ke jalanan atas sesuatu perkara yang remeh dan tidak benar.
“Anwar juga risau dengan tindakan undang-undang yang akan diterimanya jika disabitkan bersalah atas tiga isu tersebut, jadi, tindakan berhimpun ini juga adalah usaha menakut-nakutkan kerajaan agar menunjukkan dia masih popular dalam kalangan rakyat.
“Saya gesa rakyat agar tidak percaya kepada Anwar dan kerajaan tidak akan sekali-kali membiarkan beliau bebas bermaharajalela atas segala kesalahan yang telah dilakukan,” tegasnya.

Sumber : KLpost

HARUS BACA !!!!! RAKYAT YANG BIADAP , KURANG ADAP !!!!!


KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.
Sehubungan itu Amar Singh menasihatkan orang ramai agar menghormati undang-undang negara demi memelihara keharmonian sejagat dan berkata polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya ke atas mana-mana pihak yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara. -SH
SUMBER : KLPOST 

Sunday, 2 June 2013

GEMPAR HARUS BACA !!!!!! PERUBATAN BODY TO BODY BOMOH MELAYU !!!!!


BOMOH TERLAMPAU !!!!!!
KURANG AJAR PUNYA PERUBATAN DAN PERBUATAN!!!!!

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan seorang bomoh menjalani hukuman penjara sembilan bulan bagi dua pertuduhan mencabul seorang pelajar perempuan yang mendapatkan rawatan untuk histeria di rumahnya pada 2005.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Mohamed Apandi Ali membuat keputusan itu sebulat suara selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Mohd Yazid Yahaya, 54, daripada kedua-dua pertuduhan.

Mohd Yazid didakwa melakukan kedua-dua kesalahan terhadap mangsa, yang ketika itu berusia 17 tahun dan merupakan rakan anak gadisnya, di Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 8 dan 11 Mei, 2005.

Panel itu, yang turut dianggotai Datuk Linton Albert dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, mengembalikan keputusan Mahkamah Majistret mensabitkan tertuduh atas kedua-dua pertuduhan serta hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan pertama dan sembilan bulan bagi pertuduhan kedua.

Mohamed Apandi memerintahkan Mohd Yazid menjalani hukuman itu secara serentak mulai hari ini.

Mohd Yazid sebelum ini dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuan kes.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Mahkamah Majistret melakukan kesilapan kerana didakwa gagal memenuhi kehendak Seksyen 257 Kanun Tatacara Jenayah iaitu menjelaskan prosedur kepada
seorang tertuduh yang tidak diwakili peguam.

"Berdasarkan fakta kes, mahkamah ini mendapati tidak ada kesilapan yang dilakukan," katanya.

Mohamed Apandi berkata pada prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen, Mohd Yazid menyoal balas saksi pendakwaan dan ini menunjukkan tertuduh memahami prosedur yang berkaitan.



Wednesday, 29 May 2013

HARUS BACA !!!!! UNTUK ORANG-ORANG MELAYU !!!!



CERPEN UNTUK KENGKAWAN MELAYU AKU AJE.. KALAU BUKAN KAWAN AKU, AKU TAK RASA KORANG NAK BACA NIH..

ini malam aku just nak sembang sekali.. rasa tak selesai kalau tak cakap nih.. perihal bangsa melayu kat mesia nih.. aku ni bukannya taksub, bukannya beriya nak berpolitik, cuma mengenangkan nasib anak2x, cucu2x aku akan datang, 10 tahun, 15 tahun, 25 tahun and seterusnya..

aku just guna bahasa yang aku selalu pakai.. tak perlu nak skema sangat.. sbb terlalu skema kang, akan bunyi macam mamat poyo yang cas hebat berlakon.. anyway..

aku ni student bawah sponsor mara bertahun2x lamanya.. dari zaman mrsm, sampai la ke universiti obersi.. masih bawah mara.. so, one thing, yang aku ingat, especially time skolah secondary kat mrsm dulu, was the orientation week.. seminggu lamanya.. kena bagi salam kat sume seniors, kena gi ambik tandatangan seratus seniors kat maktab, kena gi solat kat surau 5 waktu sehari, kena pakai baju sukan berkolar tucked in time sukan petang and memacam lagi lah.. tapi yang aku takleh lupa sampai hari ni is the night yang kitorang kena hapal and nyanyi lagu Anak Kecil Main Api.. so, seniors and cikgu homeroom kena kupas lagu ni, ayat by ayat, line by line.. so, taksub atau tak, aku sayang bangsa melayu aku..

so, sepanjang hayat aku, aku rasa this year, setakat yang aku boleh pikir and mumaiyyiz ni, 2013 is the worst year untuk bangsa aku.. aku rasa lah.. dunia perang politik tahun2x sebelum 98 was just moderate.. takde apa yang nak dirisaukan.. bangsa melayu, cuma pecah kepada 4 political group (my opinion lah).. 

pertama, melayu yang berideologikan umno.. 
kedua, melayu yang berideologikan pas..
ketiga, melayu yang belum didedahkan dengan ideologi yang ada..
keempat, dan yang terakhir melayu yang sedar dan tahu, tapi pilih untuk buat dek je and cakap don't mix politik with lifestyle..

melayu yang pertama, aku respek, sebab dah modernize kan kita with facilities.. education, healthcare, pembangunan dan macam2x lagi.. no doubt..
melayu yang kedua, aku respek jugak, sebab nak masukkan elemen agama islam dalam arus permodenan yang dah ada nih..
melayu yang ketiga, terpulang kepada kita untuk sedarkan diorang..
melayu yang keempat nih, hakkkkttttuuuiihhh..

so, waktu ni, tahun2x sebelum 98 nih, melayu still "bergurau" dalam dewan parlimen, dalam ceramah politik and such.. tak goyang mana.. tapi pada masa yang sama, aku rasa, ada bangsa lain yang ambik kesempatan dalam kelalaian bangsa kita.. diorang susun agenda.. susun agenda yang memecahkan bangsa melayu nih.. ride atas peluang yang ada.. being opportunist.. meneruskan agenda komunis, demokrat yang terlalu demokrat dan idea of a republic of malaysia.. so, again, kita ni makin dilalaikan dengan kemewahan yang sementara untuk dipergunakan kemudian hari.. melayu was being nice untuk berkawan dengan bangsa2x lain.. dah lupa cerita 1969.. ye lah, betullah tu, melayu mudah lupa as per quoted by che det..

anyway, dalam sedar tak sedar, banyak harta pribumi yang tergadai.. it's a fact yang tak dapat disangkal.. ekonomi out.. tanah rezab out.. hak bumiputera nak dihakis.. and macam2x lagi.. so, pencipta lagu anak kecil main api, atau the think-tank di sebalik lagu anak kecil main api ni, memang betul2x melayu.. betul2x nampak apa yang mungkin dan bakal terjadi..

ayah aku dulu pernah cakap kat aku pasal "the good malays".. dia cerita sikit2x je the criterias of "good malays".. yang aku rasa makin hari makin kurang dari segi bilangannya.. aku really hope untuk dikelilingi oleh good malays sahaja.. sebab, kalau kita ada "good malays" nih, aku rasa bangsa kita still kuat..

malays yang memimpin perlu "lebih melayu" sekarang nih.. cukup lah dengan mementingkan diri sendiri.. cukup lah guna jalan mudah untuk kaya.. sebab, mungkin kekayaan tu korang dapat, tapi korang gadaikan apa yang melayu patut pertahankan..

ok, back to my point, after tahun 98, aku rasa this is the starting point melayu yang kental ni terbahagi kepada 2 group.. melayu so called the bn nye melayu, and the other group pr nye melayu.. both groups are kuat dari segi perjuangan.. melayu yang mengundi nih, samada diorang undi bn or diorang ngundi pr.. so, kesatuan melayu ni dah pecah kepada dua.. over period of years, melayu makin terpecah kepada 2 group, sebab perbezaan yang terlalu besar..

to me, anwar made a big mistake by perjuangkan kesamarataan waktu tu.. to me, again, it was his quick strategy to gain support from kaum yang pelbagai kat mesia nih.. he should be in dilemma by doing that, especially dengan the outcome from the keputusan pilihanraya baru nih.. but no doubt he has the charisma to unite group pelbagai bangsa nih.. kesamarataan was a winning strategy, and still is..

while, umno, bertukar prime minister.. from che det to pak lah, hmmmm, and now, najib yg not so strong in character.. tak cukup karisma.. tak cukup bijak.. but try jugak nak guna the same winning formula, so najib created the so called 1Malaysia.. konon nya satu-malaysia.. again hampir sama.. kesamarataan.. 

and guess what.. both side hadap masalah yang sama.. dua2x terpaksa korbankan hak melayu sikit demi sedikit.. both najib and anwar kena hadap permintaan kesamarataan nih, minggu demi minggu.. samada through kerajaan pusat, or through kerajaan negeri2x pakatan rakyat.. "melayu" dan kemelayuannya makin hilang.. makin pupus.. agama islam dicabar.. pokiwak betul.. if demokrat rules, if non-malays stronger than malay kat parliament, guess what might happened.. mungkin korang takkan dengar azan dah lepas nih.. mungkin korang dah takde kesultanan melayu dah lepas nih.. mungkin islam bukan agama rasmi dah.. mungkin bahasa melayu bukan bahasa rasmi dah.. mungkin ktm dah bukan keretapi tanah melayu dah (hahaha).. anyway, sedarlah..

AKU TAK RACIST, tapi aku against non-malays yang racist.. harap faham tu betul2x.. aku still respect all non-malays keliling aku.. but jangan buat kelakar, jangan cabar mencabar kat tanah melayu nih.. sumpah aku lempang pipi gebu tu kalau ko berani cabar depan aku.. jangan mintak gadai hak melayu.. and stop kata melayu boleh dibeli dengan harga 50rm or secawan kopi.. sumpah, wa lempang lu..

ok, again, back to the main point.. over period of years, sampai la ke hari pru 2013, melayu was too focus dengan agenda parti politik memasing, sampai lupa yang melayu ni dikudakan.. mca relax je hadap pilihanraya baru ni, jimat duit belanja kempen, sbb suda plan mau campak undi kat dap.. mca tau, dia takleh buat apa2x sebab ikut mana pun terpaksa duk bawah umno.. as dap is the best bet yang ada untuk kontrol mesia..

both najib and anwar and mungkin hadi, baru nak buat2x terkejut and baru nak bertindak.. ye lah, kepala baru terhantuk kan.. anyway, to anwar, be the good-malay lah.. udah2x lah.. and to najib, keras la sikit.. jangan la lembik sangat.. have your own vision and ideas macam che det.. not being fed ideas by others.. udah2x lah..

to all ministers yang rasa diri tu tak amanah, please letak jawatan, sebab korang kena tau, bangsa lain duk guna kan korang untuk tender2x kerajaan.. kayakan bangsa diorang.. korang should tau, which is the richest party of all parties yang ada.. bukan party korang tau.. kalau korang nak stay gak dalam cabinet, start letak kepentingan bangsa melayu kat depan..

the thing yang umno ada today, is still the kuasa pemerintahan.. the only thing yang pakatan rakyat ada, is anwar yang ada the convinving power.. both side, until the election day, sibuk menguatkan group melayu memasing yang dah terang2x terpecah belah nih.. bila keluar result, baru terduduk sekejap eh..

so, udah2x lah.. the only thing yang best to happen for our anak2x and cucu2x, hanyalah kalau ada SATU GROUP MELAYU MAJORITI YANG BERSATU.. tolong lah, untuk anak2x aku, untuk anak2x adik beradik aku, untuk anak2x kengkawan aku, dan juga untuk anak2x korang, BERSATULAH.. ONE VOICE MELAYU please.. be the GOOD-MALAYS.. enough with menggadaikan nasib dan harta melayu.. aku taknak menumpang kat negara sendiri..

aku rasa tenang bila tengok majoriti menteri bn tu orang melayu.. aku rasa even better, bila dengar kat radio pasal bahasa malaysia akan ditukarkan ke bahasa melayu.. aku harap lepas ni, sekolah kebangsaan ada satu jenis je.. bukan berjenis2x.. bangsa lain dah hampir nak rompak abis hak bangsa melayu.. korang still nak berdiam diri ke? udah2x lah tu.. bersatu lah..

korang layan lah lagu anak kecil main api ni.. sebab aku tak lupa.. be the good-malays.. kuatkan ekonomi, pertahankan hak pribumi kita.. setiap line of the song ni ada maknanya.. bukan sesaja dinyanyikan.. hmmm, kalau la aku bole record sesi malam orientation waktu discuss lagu anak kecil main api nih, sumpah meremang bulu roma korang..

kepada umno, korang buat lah apa yang korang buat dalam kapasiti korang.. kalau nak aku bersama dengan umno dengan cara aku, tepon la aku.. jangan suruh aku potong rambut and shave janggut udah lah..

kepada pkr, hati2x lah.. pikir lah elok2x sebelum buat tindakan bersama tu.. enough jadi kuda bangsa lain.. korang should sedar..

kepada pas, open your mind.. just pikir sekali je lagi.. you guys boleh make a great impact to the scene..

and kepada DAP, korang agak2x lah.. korang berani mengaku korang ni ahli dap depan aku, siap korang.. korang kalau depan aku berani sebut melayu ni masih hisap susu kerajaan, korang sebut bangsa melayu ni bangsa rm50, korang sebut melayu boleh dibeli dengan secawan kopi, sumpah aku tempeleng je korang nih..

kepada mca, pepandai la korang nak idup lagi 5 tahun.. gi lah bergabung ngan dap tu elok2x.. tengok kalau kerajaan nak declare darurat lagi sekali ke idak..

kepada mic, makkal sakhti, ppp and ipf, dalam diam korang plan nak bergabung.. bagus lah tu.. at least korang sedar korang kat mana..

AKU TAK RACIST, TAPI AKU AGAINST THOSE YANG NAK HAKIS HAK MELAYU.. SAMADA NON-MALAYS ATAU MELAYU AKU SENDIRI.. JANGAN CABAR..

as ulangan kepada semua melayu, jangan lupa, beringatlah, sedarlah.. sultan kita nak kena jaga, kuasa kerajaan kita kena pertahankan, agama kena junjung tinggi.. 

be the GOOD-MALAYS as yang ayah aku pernah cakap kat aku.. aku sayang melayu aku..

by:papagege 

nukilan asal : MB art core

Tuesday, 21 May 2013

GEMPAR !!!! HUKUMANTALI GANTUNG BUAT TIGA ORANG SAHABAT POLITIK !!!!!




KITA TENGOK SIAPA KENA..?

Dalang Pencerobohan Lahad Datu Akan Diserah Ke Peguam Negara

Panas Bontot!!! semua maklumat mengenainya sudah hampir lengkap, tiga orang dalang yang bakal didakwa didalam kejadian Lahat Datu akan diserahkan kepada peguam negara tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, sebelum mereka melarikan diri untuk suaka politik, adalah lebih baik pintu sempadan termasuk lapangan terbang telah menyenarai hitamkan nama nama mereka daripada keluar dari negara ini.
Apa yang kita harapkan ialah ketegasan peguam negara didalam hal ini. Kita tidak mahu lagi ada yang bermain tarik tali lagi. Cukup sudah sistem perundangan didalam negara ini diperkotak katikkan oleh mereka yang berkepentingan politik sehingga menyebabkan satu suasana yang tidak seimbang didalam negara.

Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

“Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti… kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

“Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik

HARUS BACA !!! ANAK NIK AZIZ BIADAP "MAKAN SPRING ROLL " !!!!!


Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.

Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.

"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?"

"Itu adalah gopoh."

"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.

Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.

Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.

Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.

"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya. - UTUSAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...